Skip to main content

Anugerah Tokoh Siswa Tuah Gemilang UTeM (ATSTUAH)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Anugerah Tokoh Siswa TUAH Gemilang (ATSTUAH) adalah merupakan platform untuk mengiktiraf dan memberi galakan kepada kepimpinan mahasiswa yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten selari dengn Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015-2025

Anugerah Tokoh Siswa TUAH Gemilang (ATSTUAH) ini diadakan selari dengan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah memperkenalkan penganjuran Majlis Anugerah Tokoh Siswa kali pertama pada 1 Mac 2013. Anugerah ini membuka peluang kepada mahasiswa untuk bersaing secara sihat dan terlibat secara langsung dalam aktiviti pembangunan sahsiah di IPT bagi melahirkan insan yang seimbang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam aspek kepimpinan, sukan, kebudayaan, kesukarelawan, inovasi, keusahawanan, pengucapan awam, dan lain-lain.


Objektif
  • Mencari pelajar yang berkelayakan dan bersesuaian untuk dijadikan calon dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa (ATS) di peringkat KPT.
  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap kejayaan individu dan persatuan/kelab dalam pengurusan organisasi dan pelaksanaan program/ aktiviti mahasiswa.
  • Mengiktiraf peranan individu dan persatuan/kelab yang berjaya memanfaatkan secara positif ruang dan peluang yang disediakan oleh UTeM dalam pelaksanaan program/aktiviti kemahasiswaan.
  • Memberi kesedaran, motivasi serta peluang kepada para mahasiswa untuk mengetengahkan potensi dan mengembangkan bakat yang ada pada diri untuk menjadi insan yang cemerlang.

ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN

Sebanyak 16 anugerah mengikut katagori akan dipertandingkan dan 1 anugerah utama akan direbut untuk menerima gelaran Anugerah Tokoh Siswa TUAH Gemilang (ATSTUAH).

KLUSTER KEPIMPINAN PELAJAR

  1. ANUGERAH KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
  2. ANUGERAH KEPIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN
  3. ANUGERAH KEPIMPINAN PERSATUAN/KELAB/SEKRETARIAT 

KLUSTER PEMBANGUNAN SOSIAL

  1. ANUGERAH KEPIMPINAN KEBUDAYAAN
  2. ANUGERAH KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN
  3. ANUGERAH KEPIMPINAN SUKAN

    KLUSTER PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INTELEKTUAL

    1. ANUGERAH KEPIMPINAN PENGUCAPAN AWAM
    2. ANUGERAH KEPIMPINAN WACANA INTELEK
    3. ANUGERAH KEPIMPINAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM)

    KLUSTER KESUKARELAWANAN

    1. ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (KESEJAHTERAAN KOMUNITI)
    2. ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (ALAM SEKITAR)
    3. ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (KEMANUSIAAN)

      KLUSTER KHAS INDIVIDU

      1. ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN IBNU UMMU MAKTUM
      2. ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN PELAJAR ANTARABANGSA

      KLUSTER KHAS PASUKAN

      1. ANUGERAH PASUKAN SUKARELAWAN TERBAIK
      2. ANUGERAH FAKULTI/PERSATUAN/KELAB TERBAIK