Semua pelajar UTeM yang berstatus Aktif.
Tidak boleh. Pelajar hanya layak mendapatkan kemudahan rawatan di Hospital Kerajaan dan Pusat Kesihatan Universiti sahaja.
Universiti hanya menanggung perbelanjaan Wad Kelas DUA (2) atau yang lebih rendah.
Pelajar yang tidak mengemukakan Surat Jaminan Hospital semasa ditahan di hospital kerajaan, perlu mendahulukan bayaran rawatan.
Walau bagaimanapun, kos rawatan hospital boleh dituntut oleh pelajar kepada Pusat Kesihatan Universiti, dengan mengemukakan resit asal.
Namun begitu, tuntutan ini hanya dipertimbangkan bagi rawatan yang pelajar layak sahaja.
Sekiranya anda mendapat tajaan daripada mana - mana penaja, sila kemaskini maklumat penaja di Unit Kebajikan Pelajar , Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan membawa surat tawaran daripada penaja dan mengisi borang kemaskini maklumat penaja.Ya, jika anda tidak mengemaskini maklumat penaja, wang penajaan tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun pelajar.
Saudara/ Saudari boleh menghubungi Unit Kebajikan Pelajar HEP, di talian 06 270 1356 / 1357 / 1377 / 1378
*Jumlah bantuan kewangan yang diberikan tertakluk kepada tahap kecederaan dan kelulusan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
* Bagi bantuan melalui Tabung Khairat Pelajar ini hanya pelajar Diploma dan Ijazah sahaja yang diberikan.
Ya, saudara / saudari layak untuk membuat permohonan bantuan kebajikan selagi masih menjadi pelajar UTeM yang berstatus aktif.
Semua pelajar UTeM yang aktif
Tidak boleh. Pelajar hanya layak mendapatkan kemudahan rawatan di Hospital Kerajaan dan Pusat Kesihatan Universiti kecuali kes-kes yang perlu dirujuk ke Hospital Swasta yang mempunyai kepakaran tertentu.
Pelajar yang tidak mengemukakan Surat Jaminan Hospital semasa ditahan di hospital kerajaan, perlu mendahulukan bayaran rawatan.
Walau bagaimanapun, kos rawatan hospital boleh dituntut oleh pelajar kepada Pusat Kesihatan Universiti, dengan mengemukakan resit asal.
Namun begitu, tuntutan ini hanya dipertimbangkan bagi rawatan yang pelajar layak sahaja.
Skim Takaful Berkelompok Pelajar ditawarkan oleh pihak Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad.
Kos rawatan pembedahan tidak ditanggung oleh Takaful berkelompok Pelajar UTeM ini. Walaubagaimanapun, kos rawatan pelajar di tanggung di bawah Surat Jaminan (GL) pelajar UTeM bagi rawatan di Wad Kelas DUA (2), Hospital Kerajaan (tidak termasuk Hospital Universiti dan Hospital Swasta).
Selain itu, adalah amat digalakkan kepada para pelajar untuk mengambil perlindungan Takaful tambahan peribadi bagi melindungi sebarang risiko musibah yang mungkin berlaku.
Perlindungan Skim Takaful Berkelompok Pelajar adalah seperti yang tertera di dalam Poster Perlindungan Skim Takaful Berkelompok Pelajar UTeM
Pelajar dilindungi oleh Skim Takaful Berkelompok ini selagi mana pelajar berstatus AKTIF. Perlindungan adalah sepanjang masa, 24 jam seminggu di seluruh dunia.
Borang tuntutan Takaful boleh di muat turun melalui laman web MyHEP. Pelajar juga boleh mendapatkan boring melalui Unit Kebajikan Pelajar, Pejabat HEP.
Pelajar boleh menghantar borang tuntutan Takaful bersama dokumen sokongan di Unit Kebajikan Pelajar, Pejabat HEP
Pejabat Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal,
76100 Melaka.
Hak Cipta © Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.