Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Sanjungan Universiti Teknikal Malaysia Melaka adalah merupakan satu platform bagi pihak pengurusan tertinggi UTeM untuk menzahirkan rasa penghargaan kepada warga kerja UTeM di atas kualiti perkhidmatan yang cemerlang dan yang lebih penting telah memenuhi kehendak pemegang taruh dan kumpulan sasar.
Selain itu, Anugerah Jasa Bakti (AJB) yang diberikan kepada staf adalah suatu penganugerahan di atas kesetiaan berkhidmat sebagai penjawat awam selama 20 tahun.