Unit Perhubungan dan Media, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal yang berkaitan sebaran maklumat dan juga dokumentasi pejabat seperti penerbitan Laporan Tahunan, laporan media serta percetakan rasmi pejabat.
Menyelaras maklumat untuk sebaran kepada umum sebagai pemangkin imej korporat Pejabat.
Menyelaras komunikasi dan perhubungan media serta mengawal selia perkhidmatan hadapan Pejabat
Mewujudkan perhubungan baik antara Pejabat dengan Agensi luar, komuniti serta media melalui strategi penyampaian maklumat perkhidmatan yang berkesan demi mencapai objektif Pejabat secara keseluruhan
Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi melalui bahan promosi, media elektronik dan media cetak
Menyediakan bahan edaran dan rujukan kepada pihak luar dan media serta bahan maklumat bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Pejabat melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah, rakaman foto, dan video
Memastikan aduan dan cadangan dari orang awam dan pelanggan mengenai perkhidmatan Pejabat diselaraskan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang dikehendaki
Memastikan pelanggan yang ingin mengetahui atau yang sedang dan telah menerima perkhidmatan Pejabat diberi layanan yang baik dan dikendalikan dengan cepat dan berkesan.
Staf
PEGAWAI KEBUDAYAAN
NETTY MUHALIZZA BINTI MOHD FADZIL netty@utem.edu.my (+606) 270-0000