
- Unit Penempatan Pelajar dan Kafetaria adalah unit yang mengurus kediaman pelajar sepanjang berada di UTeM, hal-hal pentadbiran Kolej Kediaman dan kemudahan kafetaria.
MISI
Mewujudkan suasana sejahtera bagi menyokong hasrat universiti untuk melahirkan TUAH UTeM unggul dengan menyediakan kemudahan kediaman yang kondusif serta perkhidmatan kafetaria terbaik
VISI
Menyediakan perkhidmatan kafetaria terbaik dan kediaman yang kondusif bagi kesejahteraan TUAH UTeM
Fungsi Kolej Kediaman dan Kafetaria
- Perancangan dasar penempatan pelajar
- Pengurusan penempatan pelajar di kolej kediaman mengikut dasar yang telah ditetapkan
- Pengurusan perkhidmatan penginapan
- Mewujudkan persekitaran kediaman yang kondusif
- Pemantauan perlaksanaan Buku Peraturan dan Tatatertib Kolej Kediaman
- Menguruskan hal perjawatan pengetua dan felo di kolej kediaman
- Pengurusan pelajar luar kampus
- Menyelaras pengurusan kafetaria UTeM
Perkhidmatan
- Agihan penempatan bagi pelajar baru dan kanan
- Menyelaras rekod dan maklumat penginapan pelajar di kolej kediaman
- Mengurus penginapan pelajar semasa cuti
- Mengurus Sewaan luar di Kolej Kediaman
- Menyelaras kemudahan di kolej kediaman
- Pemantauan kerja-kerja penyelenggaraan kerosakan dan pencucian
- Pemantauan penguatkuasaan peraturan dan tatatertib Kolej Kediaman
- Proses perlantikan dan penamatan pengetua dan felo Kolej Kediaman
- Menguruskan Permohonan, rekod pelajar tinggal luar
- Menyelaras proses pelantikan/penamatan pengusaha kafetaria
- Mengurus aduan berkaitan pengoperasian kafetaria (pelanggan / pengusaha)
KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA UTeM
Sebagai kemudahan kepada pelajar, UTeM turut menyediakan kemudahan penginapan. Ketika ini, UTeM mempunyai enam (6) buah kolej kediaman yang terletak di Kampus Induk, Durian Tunggal. Kolej Kediaman Satria mempunyai lima blok dimana setiap blok mempunyai pentadbiran sendiri dengan nama Kolej Kediaman Satria (Tuah), Kolej Kediaman Satria (Jebat), Kolej Kediaman Satria (Lekir), Kolej Kediaman Satria (Lekiu), dan Kolej Kediaman Satria (Kasturi). Kediaman ini berkonsep apartment dengan lima bilik setiap rumah dimana menempatkan dua orang pelajar sebilik. Muatan setiap kolej adalah 1000 orang. Manakala Kolej Kediaman Lestari pula boleh memuatkan seramai satu ribu dua puluh (1020) orang dalam satu masa. Terdapat dua (2) blok di Kolej Kediaman Lestari iaitu blok A dan B. Blok A adalah berkonsep dormetary manakala blok B adalah apartment. Setiap bilik di Kolej Kediaman Lestari juga menempatkan dua orang sebilik. Bagi memastikan keselesaan pelajar terpelihara, kolej kediaman juga dilengkapi dengan kemudahan gunasama seperti kafetaria, ruang dobi, bilik menonton, bilik aktiviti, surau, kemudahan sukan dan rekreasi, kiosk jualan dan perkhidmatan pembersihan. Pelajar juga boleh akses kemudahan internet dari bilik masing-masing. Semoga kemudahan kediaman ini dapat memberi keselesaan kepada pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah mereka.
Kolej Kediaman Satria
Kolej Kediaman Satria mula beroperasi pada September 2017 setelah siap dibina di Kampus Induk UTeM melalui kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (Private Finance Initiative – PFI) dengan tempoh konsesi selama 22 tahun. Kolej kediaman ini terdiri daripada lima blok iaitu Kolej Kediaman Satria (Tuah), Kolej Kediaman Satria (Jebat), Kolej Kediaman Satria (Lekir), Kolej Kediaman Satria (Lekiu) dan Kolej Kediaman Satria (Kasturi), yang masing-masing mempunyai pentadbiran tersendiri. Berkonsepkan apartmen, setiap unit dilengkapi lima bilik yang menempatkan dua orang pelajar bagi setiap bilik, dengan kapasiti keseluruhan seramai 1,000 penghuni bagi setiap blok.
Bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penghuni, setiap blok dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pejabat pentadbiran, bilik aktiviti, bilik menonton, bilik dobi dan surau. Setiap bilik penginapan turut disediakan dengan kemudahan asas termasuk katil, tilam, meja dan kerusi belajar, rak buku, almari, papan notis (softboard) serta papan putih (whiteboard). Selain itu, pelajar turut menikmati pelbagai kemudahan gunasama seperti gelanggang futsal, bola tampar dan bola keranjang, dua kafetaria serta lima lot kiosk. Penyediaan kemudahan yang komprehensif ini mencerminkan komitmen UTeM dalam menyediakan persekitaran kediaman yang kondusif bagi menyokong kecemerlangan akademik, pembangunan sahsiah dan kesejahteraan mahasiswa.
SENARAI NAMA PENGETUA & FELO KOLEJ KEDIAMAN UTeM

SENARAI KAFETERIA UTeM


