Skip to main content

2023

He & She Coffee

Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawan (Create), HEPA Universiti Teknikal Malaysia Melaka Dengan He & She Sdn. Bhd

Tarikh: 2 Oktober 2023

Tempat: Laman Hikmah, UTeM

 

Memorandum Persefahaman (MOU) ini diadakan di antaranya ialah untuk memberi pengalaman berniaga cafe melalui program di bawah CREATE yang dinamakan ‘Learn & Earn’. Dalam program ini,  para mahasiswa UTeM diambil bekerja secara ‘part time’ di He & She Coffee. Program kerjasama CREATE, HEPA dan He & She Coffee dapat memberikan peluang menimba pengalaman berniaga sebenar secara praktikal kepada para mahasiswa. Disamping mahasiswa terpilih layak menjadi sebahagian daripada pekerja ‘intern’ di syarikat He & She Coffee.

Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani ini berkuatkuasa selama tiga (3) tahun yang bermula bertarikh 2 Oktober 2023. Majlis MOU ini telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk  Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin, Naib Canselor bagi pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan He & She Sdn Bhd telah diwakili oleh En. Zulkiflee Bin Yusof selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Founder bagi HE & She Sdn. Bhd. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran para Pegawai Kanan dan kakitangan dari kedua-dua belah pihak. Diharapkan dengan MOU ini akan memberi manfaat dan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

KUSKOP

Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) Antara UTeM dan SME CORP. Malaysia

Tarikh: 7 Oktober 2023

Tempat: Kompleks Dewan Kuliah, UTeM

 

📌YB Datuk Ewon Benedick Menteri Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (KUSKOP) yang juga Alumni UTeM sudi mengadakan lawatan ke UTeM bersempena Majlis Menandatangani MoU di antara UTeM dan SME Corp. Malaysia.
📌Seiring dengan hasrat UTeM dalam memperkasakan keusahawanan di bawah Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) akan mengadakan program kerjasama dengan SME Corp. Malaysia.
📌Dipertemuan bersama YB Datuk Ewon Benedick ini beberapa pengumuman dan pemberian dana turut bakal diberikan kepada warga UTeM khususnya para pelajar seperti sumbangan dana penganjuran Rumamai yang akan dianjurkan oleh Kelab Pelajar Borneo (PMaSS), dana bagi penganjuran Jualan Murah Siswa Madani dengan kerjasama MPP dan Kosiswa UTeM.
📌Selain pameran usahawan, agensi di bawah KUSKOP dan Sesi Dialog pelajar Borneo bersama YB Datuk Ewon, turut diadakan program Usahawan Bisnes Dropship & Agen (DNA) bersama INSKEN yang turut mendapat tajaan lebih RM30,000 bagi penganjuran program DNA tersebut.
Penghargaan terima kasih YB Datuk Ewon Benedick dan KUSKOP yang sudi ke UTeM.

2024

TALENTBANK

Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) Antara UTeM dan Talentbank bersempena Program TVET Place & Train UTeM@KPT

Tarikh: 16 Januari 2024

Tempat: Dewan Canselor, UTeM

 

Majlis menandatangani MOU bersama Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank berlangsung ketika Timbalan Perdana Menteri hadir untuk merasmikan program di UTeM.
Memorandum bersama Talentbank ini adalah bertujuan untuk bekerjasama dengan Alumni UTeM untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Selain itu, pihak yang berkenaan juga bekerjasama dalam menganjurkan pameran kerjaya tahunan, menawarkan penempatan latihan dan portal kerjaya yang disesuaikan dengan kedudukan pekerjaan tetap kepada pelajar.
Terdapat beberapa lagi perkara berkenaan jalinan kerjasama diantara UTeM dan Talentbank yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi memastikan produk siswazah keluaran UTeM adalah yang terbaik didalam Malaysia.
YAYASAN PRIHATIN NASIONAL

Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) Antara UTeM dan Yayasan Prihatin Nasional.

Tarikh:  16 Januari 2024

Tempat: Dewan Canselor, UTeM

UTeM dan Yayasan Prihati Nasional mengadakan Majlis Menandatangani MOU. Tanggal 16 Januari 2024 telah membuka lembaran baru jalinan kerjasama UTeM dan Yayasan Prihatin Nasional, merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan terutamanya di kalangan golongan muda ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan 3 teras utama iaitu Pendidikan, Keusahawanan dan Kepimpinan. Sebuah Memorendum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani di bawah flagship NICE@UTeM (Career Fair). Majlis Menandatangani Memorendum Persefahaman ini telah melibatkan sebanyak lebih 60 syarikat dan telah disaksikan oleh YAB, Datuk Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Semoga jalinan ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak UTeM dan Yayaysan Prihatin Nasional dalam usaha untuk membantu keperluan pelajar-pelajar UTeM yang memerlukan bantuan demi mencapai cita-cita mereka.