Skip to main content

Anugerah Tokoh Siswa Tuah Gemilang UTeM (ATSTUAH)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Anugerah Tokoh Siswa TUAH Gemilang (ATSTUAH) adalah merupakan platform untuk mengiktiraf dan memberi galakan kepada kepimpinan mahasiswa yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten selari dengn Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015-2025

Anugerah Tokoh Siswa TUAH Gemilang (ATSTUAH) ini diadakan selari dengan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah memperkenalkan penganjuran Majlis Anugerah Tokoh Siswa kali pertama pada 1 Mac 2013. Anugerah ini membuka peluang kepada mahasiswa untuk bersaing secara sihat dan terlibat secara langsung dalam aktiviti pembangunan sahsiah di IPT bagi melahirkan insan yang seimbang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam aspek kepimpinan, sukan, kebudayaan, kesukarelawan, inovasi, keusahawanan, pengucapan awam, dan lain-lain.


Objektif
  • Mencari pelajar yang berkelayakan dan bersesuaian untuk dijadikan calon dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa (ATS) di peringkat KPT.
  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap kejayaan individu dan persatuan/kelab dalam pengurusan organisasi dan pelaksanaan program/ aktiviti mahasiswa.
  • Mengiktiraf peranan individu dan persatuan/kelab yang berjaya memanfaatkan secara positif ruang dan peluang yang disediakan oleh UTeM dalam pelaksanaan program/aktiviti kemahasiswaan.
  • Memberi kesedaran, motivasi serta peluang kepada para mahasiswa untuk mengetengahkan potensi dan mengembangkan bakat yang ada pada diri untuk menjadi insan yang cemerlang.

ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN

Sebanyak 16 anugerah mengikut katagori akan dipertandingkan dan 1 anugerah utama akan direbut untuk menerima gelaran Anugerah Tokoh Siswa TUAH Gemilang (ATSTUAH).

KLUSTER KEPIMPINAN PELAJAR

ANUGERAH KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

ANUGERAH KEPIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN

ANUGERAH KEPIMPINAN PERSATUAN/KELAB/SEKRETARIAT 

 

KLUSTER PEMBANGUNAN SOSIAL

ANUGERAH KEPIMPINAN KEBUDAYAAN

ANUGERAH KEPIMPINAN SUKAN   

KLUSTER PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INTELEKTUAL

ANUGERAH KEPIMPINAN WACANA INTELEK

KLUSTER KESUKARELAWANAN

ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (KESEJAHTERAAN KOMUNITI)

ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (KEMANUSIAAN)

KLUSTER KHAS PASUKAN

ANUGERAH PASUKAN SUKARELAWAN TERBAIK

ANUGERAH FAKULTI/PERSATUAN/KELAB TERBAIK