Skip to main content

BAHAGIAN KEBUDAYAAN DAN MUZIK

Bahagian Kebudayaan dan Muzik ini diwujudkan selaras dengan hasrat dan hala tuju universiti yang mahukan mahasiswa/i mempunyai pengetahuan tentang budaya masyarakat Malaysia dan muzik disamping memupuk semangat nasionalisme melalui aktiviti dan program yang berasaskan seni, budaya dan muzik.

Bahagian ini bertanggungjawab dalam pengurusan aktiviti dan program kesenian dan kebudayaan pelajar.


OBJEKTIF

  • Memastikan pelajar memahami tentang peranan dan kepentingan seni, budaya dan warisan masyarakat Malaysia serta muzik dengan sebaiknya.
  • Memastikan aktiviti dan program berteraskan kesenian, kebudayaan dan muzik dapat dilaksanakan selaras dengan TUAH Indeks Universiti.
  • Memastikan proses mengenalpasti dan pelaksanaan ujibakat bakat-bakat baharu dikalangan mahasiswa/i.
  • Memastikan latihan harian dan intensif untuk para pelajar dilaksanakan secara konsisten, efisien dan sistematik.
  • Memastikan para pelajar mempunyai¬†softskill dalam pengurusan aktiviti dan program berkaitan kesenian, kebudayaan dan muzik.
  • Memastikan ketersediaan fasiliti,¬†venue dan peralatan persembahan pelajar diuruskan secara efisien dan sistematik.

PERKHIDMATAN

  • Perkhidmatan ruang latihan studio muzik, teater dan tari
  • Perkhidmatan ruang persembahan
  • Khidmat nasihat berkaitan pengurusan aktiviti/program kelab kesenian dan kebudayaan.
  • Khidmat jurulatih muzik dan tari bagi asas dan profesional