2023
Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawan (Create), HEPA Universiti Teknikal Malaysia Melaka Dengan He & She Sdn. Bhd
Tarikh: 2 Oktober 2023
Tempat: Laman Hikmah, UTeM
Memorandum Persefahaman (MOU) ini diadakan di antaranya ialah untuk memberi pengalaman berniaga cafe melalui program di bawah CREATE yang dinamakan ‘Learn & Earn’. Dalam program ini, para mahasiswa UTeM diambil bekerja secara ‘part time’ di He & She Coffee. Program kerjasama CREATE, HEPA dan He & She Coffee dapat memberikan peluang menimba pengalaman berniaga sebenar secara praktikal kepada para mahasiswa. Disamping mahasiswa terpilih layak menjadi sebahagian daripada pekerja ‘intern’ di syarikat He & She Coffee.
Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani ini berkuatkuasa selama tiga (3) tahun yang bermula bertarikh 2 Oktober 2023. Majlis MOU ini telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin, Naib Canselor bagi pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan He & She Sdn Bhd telah diwakili oleh En. Zulkiflee Bin Yusof selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Founder bagi HE & She Sdn. Bhd. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran para Pegawai Kanan dan kakitangan dari kedua-dua belah pihak. Diharapkan dengan MOU ini akan memberi manfaat dan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.
Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) Antara UTeM dan SME CORP. Malaysia
Tarikh: 7 Oktober 2023
Tempat: Kompleks Dewan Kuliah, UTeM
2024
Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) Antara UTeM dan Talentbank bersempena Program TVET Place & Train UTeM@KPT
Tarikh: 16 Januari 2024
Tempat: Dewan Canselor, UTeM
Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) Antara UTeM dan Yayasan Prihatin Nasional.
Tarikh: 16 Januari 2024
Tempat: Dewan Canselor, UTeM
UTeM dan Yayasan Prihati Nasional mengadakan Majlis Menandatangani MOU. Tanggal 16 Januari 2024 telah membuka lembaran baru jalinan kerjasama UTeM dan Yayasan Prihatin Nasional, merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan terutamanya di kalangan golongan muda ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan 3 teras utama iaitu Pendidikan, Keusahawanan dan Kepimpinan. Sebuah Memorendum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani di bawah flagship NICE@UTeM (Career Fair). Majlis Menandatangani Memorendum Persefahaman ini telah melibatkan sebanyak lebih 60 syarikat dan telah disaksikan oleh YAB, Datuk Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Semoga jalinan ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak UTeM dan Yayaysan Prihatin Nasional dalam usaha untuk membantu keperluan pelajar-pelajar UTeM yang memerlukan bantuan demi mencapai cita-cita mereka.