Pada Sabtu 3 Februari 2024 yang lepas, saya berkesempatan untuk meluangkan masa mengikuti Program S4AB “SPORT 4 ALUMNI’S BONDING : (ALUMNI UTeM VS ALUMNI UKM) di Pusat Sukan UKM dan Kipmall Bangi.
Program ini adalah bertujuan merapatkan ukhwah diantara Alumni dari UTeM dan juga UKM. Program yang bermula dari jam 8 pagi itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari wakil pengarah alumni UTeM dan UKM.
Terdapat 5 acara sukan yang dipertandingkan temasuklah Bola Jaring, Bola Tampar Lelaki & Wanita, Bola Tampar Lelaki & Wanita, Hoki Lelaki & Wanita dan akhir sekali Perlawanan akhir Bola Sepak diantara Alumni UTeM menentang pasukan Alumni UKM.
Alumni UKM membolot hampir kesemua pingat Emas pertandingan, manakala pihak Ibu segala pingat iaitu perlawanan bola sepak dimenangi oleh Alumni UTeM dengan jaringan 2-1 di Stadium Azman Hashim UKM. Penyampaian pingat serta cenderahati di sampaikan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin Naib Canselor UTeM.