TUAH

Tangkas. Unggul. Adaptif. Holistik.

TUAH UTeM

TUAH UTeM diperkenalkan sebagai salah satu keunikan dan ‘jenama’ untuk pelajar UTeM. TUAH UTeM dilancarkan pada 8 Mac 2019 merupakan representasi kepada ciri-ciri dan juga atribut mahasiswa UTeM yang ingin dilahirkan iaitu TANGKAS, UNGGUL, ADAPTIF dan HOLISTIK. Nilai-nilai ini akan diterapkan kepada semua para pelajar UTeM, seterusnya menjadi satu keunikan, iaitu semua pelajar UTeM yang bertuah adalah TUAH.

Semangat dan nilai TUAH ini merentasi jantina, bangsa, agama dan latar belakang yang berbeza. TUAH UTeM bukanlah bermakna mahasiswa dan mahasiswi harus ke gelanggang perang dan bermain senjata, tetapi mereka perlu meningkatkan keupayaan diri agar dapat memahirkan diri di dalam bidang masing-masing samada kejuruteraan dan teknologi, termasuklah kepimpinan, sukan, inovasi, muzik dan seni budaya, sukarelawan, keusahawanan, kerohanian dan lain-lain lagi.

Dengan sentiasa untuk meneroka ilmu demi dunia sejagat, TUAH UTeM akan berusaha memanusiakan teknologi agar dapat diadaptasi ke arah kebaikan. Seterusnya mengangkat adab sebagai insan yang berilmu.

Nilai Teras TUAH

T

TANGKAS

TANGKAS membawa maksud TUAH UTeM perlu TANGKAS dalam menguasai teknologi, kemahiran teknikal, tadbir urus serta menjadi usahawan dan teknokrat yang hebat. Seperti mana UTeM, ‘Sentiasa Merintis, Sentiasa Menerajui’. Di dalam dunia yang sering mencabar dan sering berubah mengikut perubahan masa, para pelajar UTeM harus bertindak segera dengan bijak, efisien dan tepat. Ini akan membentuk mereka sebagai insan yang fleksible, forward-thinking dan bersedia untuk menerima perubahan.


A

ADAPTIF

ADAPTIF pula merujuk kepada kesediaan graduan UTeM menyesuaikan diri terhadap persekitaran yang dinamik, baik di peringkat industri, masyarakat dan global. Graduan UTeM seharusnya bijak mentransformasikan diri di peringkat negara dan antarabangsa. Biarpun teknologi semakin maju dan berubah, namun TUAH UTeM mampu mengadaptasi teknologi dan menyeimbangkannya dengan nilai kemanusiaan melalui adab dan akhlak yang baik.

U

UNGGUL

UNGGUL pula merangkumi peribadi, kesetiaan, integriti dan kepimpinan yang berwibawa. Di dalam berusaha mendapatkan kecemerlangan di dalam bidang akademik dan ko-kurikulum, TUAH UTeM seharusnya mengangkat adab, sahsiah dan akhlak yang terpuji. Seperti resmi padi, “semakin berisi, semakin tunduk ke bumi”. Ini akan mendidik agar pelajar UTeM menjadi insan yang profesional, beretika dan bersifat ihsan. Oleh yang demikian, TUAH UTeM akan berusaha untuk memperkasa iman dan mengagungkan Tuhan sebagai Pencipta.


H

HOLISTIK

HOLISTIK yang membentuk citra mahasiswa UTeM yang cukup mampan dan bersepadu, seimbang dengan kemahiran teknikal serta sosial dan seterusnya melahirkan insan TUAH yang Profesional, Beretika, Ihsan dan Daya Juang Yang Tinggi. Dengan semangat TUAH ini, pelajar UTeM akan terus maju ke hadapan dan mengatur langkah ke medan perang laksana seorang pahlawan, tangkas dan penuh hikmah.