Skip to main content

Unit Kepemimpinan dan Aktiviti Pelajar adalah unit di bawah Bahagian Pembangunan Pelajar yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti pelajar yang juga merangkumi kelab dan persatuan. Ini termasuk pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) yang membantu Timbalan Naib Canselor (HEPA) dalam membuat perakuan atau sokongan terhadap penganjuran program/aktiviti pelajar yang mematuhi peraturan dan prosedur sedia ada berkuat kuasa di UTeM. Mesyuarat ini juga akan menyalurkan maklumat terkini yang berkaitan hal ehwal pelajar dan isu-isu semasa dari Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Majlis Eksekutif (ME) kepada pelajar.  

Unit ini juga bertindak mengumpul dan menguruskan kertas kerja pelajar, laporan program/aktiviti, laporan tahunan bagi setiap kelab/persatuan serta penubuhan kelab/persatuan pelajar. Disamping itu, unit ini juga bertindak sebagai penyelaras bagi Majlis Perwakilan Pelajar dan membantu dalam menguruskan Pilihan Raya Kampus (PRK) setiap tahun. Unit ini turut mengurus dan memantau program/aktiviti yang dijalankan kelab/persatuan pelajar UTeM supaya mematuhi peraturan atau prosedur yang telah ditetapkan.

Objektif
  • Menyelaras dan menyelia aktiviti pelajar
  • Melahirkan pelajar yang aktif dalam organisasi
  • Meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan organisasi pelajar
  • Menyediakan ruang kepada pelajar bagi menonjolkan kemahiran
Perkhidmatan
  • Penubuhan kelab/persatuan
  • Menguruskan permohonan menjalankan program/aktiviti pelajar
  • Khidmat nasihat kepada kelab/persatuan
  • Menguruskan perolehan berkaitan program/aktiviti pelajar

Staf

PENOLONG PENDAFTAR KANAN

MOHD SHAHRUL NIZAM BIN SHUKOR
mohd.shahrul@utem.edu.my
(+606) 270-1943

KETUA PEMBANTU TADBIR

MARSITAH BINTI ABU BAKAR
marsitah@utem.edu.my
(+606) 270-1597

PEMBANTU TADBIR

MOHD ZARLIZAN BIN ZAKARIA
zarlizan@utem.edu.my
(+606) 270-1384