Skip to main content

Unit Kesejahteraan Komuniti dan Kesukarelawan, Bahagian Pembangunan Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTeM berfungsi sebagai medium dalam memupuk semangat kesukarelawan di kalangan pelajar – pelajar UTeM. Ini termasuklah menjadi medium untuk memupuk semangat tolong menolong sama ada di peringkat university mahupun di peringkat  komuniti.

Objektif
  • Merancang, melatih,  mengurus serta memantau pelaksanaan program kesukarelawanan yang diterajui oleh mahasiswa dalam melaksanakan sebarang aktiviti/program anjuran Kelab/ Persatuan/ Sekretariat dan Badan Beruniform dan perlu mempunyai elemen-elemen sukarelawan.
  • Merancang, mengurus, menghantar dan memantau mahasiswa UTeM ke setiap aktiviti/program  kesukarelawanan sama ada anjuran Kelab/ Persatuan/ Sekretariat dan Badan Beruniform di UTeM mahupun daripada agensi-agensi luar termasuklah kawasan-kawasan kampung yang bersesuaian dan mampu memberi manfaat kepada mahasiswa dalam pembentukan sahsiah dan pembangunan insaniah yang perlu wujud dalam diri seorng mahasiswa.
  • Memberi pendedahan kepada kesukarelawanan dengan penglibatan serta-merta dalam kerja-kerja dan aktiviti kesukarelawanan secara sukarela dan tanpa dipaksa.

Antara aktiviti  sukarelawan yang di selaraskan oleh unit ini termasuklah menyelaras penyertaan pelajar – pelajar bagi anjuran Majlis Sukarelawan Universiti – Universiti Malaysia (MASKUM) disamping menyelaras program – program sukarelawan yang dianjurkan oleh pelajar – pelajar UTeM mahupun anjuran di peringkat HEP.

Selain itu, unit ini juga di pertanggungjawab menyelaras agihan makanan Food Bank Siswa  kepada pelajar – pelajar daripada golongan B40. Food Bank Siswa ini sedikit sebanyak dapat membantu mahasiswa UTeM dari kumpulan B40 dan miskin tegar untuk menyelesaikan isu “ikat perut” yang dialami di kampus.

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) juga merupakan antara aktiviti yang diselaraskan  oleh unit ini. Misi YSS berasakan kepada pendekatan ‘ immersion’ dan ‘right volunteer for the right job’ untuk meningkatkan kompetensi kepimpinan Sukarelawan Siswa serta menjadi penggerak utama kepada program kesukarelawanan di peringkat university masing – masing.

Program Sukarelawan

Definisi?
Kerja sukarela ialah kegiatan yang dilakukan dengan rela hati, ikhlas, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak, tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan material, dan dapat memberi manfaat kepada golongan/pihak sasaran (Azizan, 2009).

“Kesukarelawanan” bermaksud penglibatan penyertaan aktif anggota-anggota masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan (pendidikan, ekonomi, ketatanegaraan, keagamaan, hak-hak asasi manusia, kepenggunaan, alam sekitar, kepekaan gender, kebajikan, belia, dan lain-lain.

“Pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan tidak termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah.

Mahasiswa adalah golongan berpendidikan tinggi yang mampu menjadi contoh  terbaik kepada masyarakat. Program kesukarelawanan mampu melahirkan mahasiswa bertanggungjawab terhadap isu sosial kerana mereka perlu membabitkan diri secara langsung bagi membantu menyelesaikan masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat.

Kesukarelawan seharusnya menjadi identiti buat generasi muda khususnya mahasiswa. Identiti inilah yang seharusnya disemai dan disuburkan dalam diri setiap mahasiswa di seluruh institusi pengajian tinggi baik awam mahupun swasta. Menurut kajian Mabry (1998), mahasiswa yang terbabit dengan aktiviti berkaitan kesukarelawanan dikenal pasti mempunyai perubahan ketara daripada aspek nilai sosial.

Apakah Ciri-Ciri Seorang Sukarelawan?

  • Seorang sukarelawan perlulah suka membantu orang lain tanpa mengharapkan ganjaran atau pujian serta suka bekerja dengan orang lain dalam membuat kerja-kerja sukarela.
  • Seorang sukarelawan juga perlu boleh berkomunikasi secara berkesan dan mampu bergaul dengan orang awam dalam bilangan yang ramai tanpa merasa sombong diri atau malu dengan pekerjaan yang mereka lakukan.
  • Seseorang sukarelawan perlu bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun untuk menghadapi kesulitan dan kesukaran sewaktu melakukan kerja-kerja sukarela dan mereka perlulah bersedia untuk tidak merungut dan mengungkit ke atas pekerjaan yang telah mereka lakukan.
  • Sebelum membantu orang lain, sukarelawan perlulah mampu untuk membantu diri sendiri dan perlu mempunyai kemahiran atau pengalaman yang berguna dan boleh berkongsi dengan orang lain.
  • Seseorang sukarelawan juga perlu bersedia untuk belajar dan mempelajari sesuatu yang baru dengan pantas serta bersedia untuk memberi komitmen sepenuhnya sewaktu menjalankan kerja-kerja sukarela.

Kategori Sukarelawan

1. Khidmat Komuniti
Contoh:

  • Gotong royong
  • Rewang (majlis keraian)

2. Alam Sekitar
Contoh:

  • Kebersihan
  • Kesihatan
  • Penjagaan Alam

3. Bencana
Contoh:

  • Banjir
  • Kebakaran

Oleh itu, program sukarelawan ini perlu dipupuk sejak dari kecil hinggalah di peringkat universitI dan Program Khidmat Komuniti (CSR) ini sudah menjadi agenda  di setiap institute pengajian, bermula dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke institute pengajian tinggi. Bagi mencapai sesebuah negara maju, setiap generasi perlu memupuk semangat kesukarelawan yang tinggi dan bertanggunjawab bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga kepada masyarakat. Maksudnya setiap individu yang mempunyai jiwa kesukarelawan perlulah memberi khidmat dan keutamaan kepada masyarakat melabihi diri sendiri dengan penuh kerelkaan hati tanpa dipaksa.

Penyertaan

Semua pelajar – pelajar UTeM layak menjadi sukarelawan siswa. Pihak HEP akan membuat hebahan mengenai aktiviti atau program sukarelawan kepada semua pelajar melalui media sosial mahupun media cetak:

  1. Terbuka kepada semua pelajar UTeM
  2. Pelajar yang mempunyai semangat kesukarelawan yang tinggi
  3. Pelajar mestilah sihat tubuh badan
  4. Boleh melakukan aktiviti atau kerja yang lasak

Bersedia di panggil pada bila – bila masa dan di mana sahaja

FOOD BANK SISWA UTeM

Penyertaan

Isu lebihan makanan dan pembaziran merupakan isu global yang perlu ditangani oleh setiap negara di seluruh dunia ketika ini. Mengikut data yang dikeluarkan oleh pihak Food and Agriculture Organisation of the United Nations (FAO), setiap tahun satu pertiga daripada makanan yang telah dihasilkan sama ada hilang atau dibazirkan di peringkat global. Jumlah ini bersamaan 1.3 billion tan makanan yang dianggarkan bernilai RM 4.4 trillion. Rakyat Malaysia sahaja telah menghasilkan sebanyak 15,000 tan lebihan makanan setiap hari.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,000 tan daripada lebihan makanan tersebut masih elok dan selamat dimakan dan sekiranya 3,000 tan makanan tersebut dapat diagihkan dengan optimum maka kuantiti ini boleh digunakan untuk memberi manfaat kepada hampir 2 juta orang rakyat Malaysia.

Pelaksanaan Program Food Bank Malaysia yang akan diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal pengguna      (KPDNHEP) ini adalah sangat tepat pada masanya kerana fokus kerajaan pada masa ini adalah untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat       terutama sekali golongan kurang berkemampuan atau kumpulan B40.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), UTeM bertanggungjawab menguruskan Food Bank Siswa UTeM dalam membantu mahasiswa – mahasiswa UTeM daripada golongan B40 dan miskin tegar daripada mengalami masalah “ikat perut” yang di alami di kampus. Pejabat HEP akan menguruskan Food Bank Siswa dari segi permohonan tambahan makanan dan pengambilan stok – stok makanan  yang diterima daripada syarikat-syarikat pasaraya di lokasi sekitar Melaka dan sesiapa juga boleh memberi sumbangan. Manakala dari segi pemberian dan pengurusan operasi diuruskan oleh pelajar UTeM yang terdiri daripada Exco Kebajikan dan Kesukarelawan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar di kalangan B40 itu sendiri.

Siapa yang layak memohon?

  • Golongan keluarga yang berpendapatan rendah B40, iaitu punca pendapatan keluarga di bawah RM3,600.00 sebulan.
  • Pelajar daripada golongan asnaf (fakir, miskin, mualaf, fisabilillah, ibnu sabil)
  • Pelajar daripada Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Pelajar yang sangat memerlukan bantuan segera

Bagaimana untuk mendapatkan barangan Food Bank Siswa UTeM?

  • Pelajar perlu mengisi boring butiran peribadi bagi semakan di Unit Kebajikan sama ada layak menerima atau tidak
    • Pelajar perlu hadir ke Food Bank Siswa bersama kad matrik untuk tujuan pendaftaran dan sebagai bukti pelajar UTeM
  • Setiap pelajar dibenarkan mengambil satu beg makanan sahaja setiap kali pendaftaran
  • Dalam tempoh 30 hari (sebulan), pelajar hanya boleh mengambil 2 kali sahaja. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada kuantiti makanan. Sekiranya ada masih ada lagi makanan, pelajar boleh datang dan mengambil makanan tersebut

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)

  • Yayasan Sukarelawan Siswa ditubuhkan untuk melahirkan Ikon Sukarelawan Siswa di persada dunia di samping menjadikan Malaysia sebagai hub sukarelawan. Ini sejajar dengan matlamat YSS untuk meningkatkan semangat kesukarelawan dan kesetiakawan dalam kalangan pelajar dan mempromosi keamanan dunia. Mahasiswa terpilih akan diberi pendedahan secara hand-on menerusi kerja dan aktiviti kesukarelawan yang berimpak tinggi selari dengan Lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia  2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) dalam melahirkan graduan holistic, berciri keusahawanan dan seimbang.

Siapa yang layak?

  • Calon mesti mendapat kebenaran dan perakuan daripada pejabat Hal Ehwal Pelajar.
  • Terbuka kepada warga negara Malaysia yang mengambil Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang berstatus aktif sahaja (sepenuh masa)
  • Calon mesti mencapai PNGK sekurang – kurangnya 3.0 dan ke atas.
  • Bagi calon yang mendapat PNGK 3.0 dan ke bawah, calon mesti mendapatkan surat sokongan daripada Pejabat Dekan Fakulti
  • Memilik ciri – ciri kepimpinanyang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam aktiviti kesukarelawanan, sama ada di peringkat sekolah, universiti mahupun komuniti
  • Sihat tubuh badan untuk mengikuti misi sekurang – kurangnya selama sebulan
  • Tidak mempunyai rekod jenayah atau tidak pernah didapati bersalah atau sesuatu kesalahan tatatertib oleh pihak berkuasa tatatertib di peringkat universiti

Staf

PENOLONG PEGAWAI TADBIR

HAMZAH BIN SIRUN
hamzahsirun@utem.edu.my
(+606) 270-1358

PEMBANTU TADBIR

MOHD HAFIDZ BIN MOHAMAD RAZALI
mohdhafidz@utem.edu.my
(+606) 270-1385

PEMBANTU TADBIR

MUHAMMAD ALIF BIN MOHD ARRAWI
alif@utem.edu.my
(+606) 270-1380