Unit Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal yang berkaitan pentadbiran pejabat, pengurusan sumber manusia, pengurusan cuti, pengurusan latihan dan pengurusan stor pejabat. Unit Pentadbiran juga merupakan urus setia bagi mesyuarat utama yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) iaitu Jawatankuasa Tetap Senat Hadiah Akademik, Jawatankuasa Minggu Haluan Siswa (MHS), Jawatankuasa Pesta Konvokesyen dan Jawatankuasa Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar