Unit Tatatertib & Sahsiah Pelajar dan Badan Beruniform adalah sebuah unit yang berfungsi untuk mengupayakan karektor pelajar sepanjang pengajian mereka di dalam kampus.
Unit ini akan memberikan kefahaman berkaitan pembentukan sahsiah dan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar melalui kepentingan personaliti unggul dalam menggapai akademik yang cemerlang.
Selain itu juga, unit ini akan menguruskan prosiding tatatertib bagi pelajar bagi mereka yang didapati melakukan kesalahan sepanjang pengajian mereka merujuk kepada Kaedah-Kaedah Universiti Teknikal Malysia Melaka (Tatateterib Pelajar-Pelajar) 2009.
Manakala bagi meningkatkan semangat patriotisma pelajar di dalam kampus, ianya akan diterapkan melalui Badan Beruniform yang telah ditubuhkan oleh Universiti, maka unit ini akan menyelaras pendaftaran sehinggalah pentauliahan mereka.
Sehubungan itu, pelajar akan dapat meningkatkan integriti dan semangat patriotisma mereka sepanjang berada di dalam kampus.