Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.,
Salam Sejahtera dan selamat datang ke Laman Sesawang Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UTeM. Laman sesawang MyHEPA ini bertemakan kepada semangat ‘kebersamaan’ dan ‘kekitaan’ TUAH dan TEJA UTeM serta seluruh warga kerja HEPA.
Seperti semua sedia maklum, laman sesawang merupakan suatu wadah yang amat penting untuk keterlihatan (visibility) bukan sahaja di peringkat Universiti, negeri Melaka malahan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ia juga merupakan gerbang informasi utama supaya MyHEPA sentiasa relevan dan setanding dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara. Ia juga bertujuan untuk mengemaskini dan memberi informasi yang tepat, cepat serta interaktif kepada pengguna terutama buat TUAH dan TEJA UTeM.
Berbekalkan semangat TUAH (Tangkas, Unggul, Adaptif dan Holistik) dan TEJA (Tangkas, Elegan, Jagat dan Adaftif) saya menyeru mahasiswa dan mahasiswi semua untuk menggunakan segala masa dan peluang yang tersedia di UTeM bukan sahaja membuktikan kecemerlangan dalam bidang akademik semata-mata, tetapi memperbaiki diri melalui 8 Dimensi MyHEPA UTeM (1-Pembangunan Akademik dan Kerjaya, 2-Etika dan Kerohanian, 3-Pengurusan dan Kepimpinan, 4-Sukan dan Rekreasi, 5-Kebudayaan dan Identiti Nasional, 6-Keusahawanan, 7-Sukarelawan dan Khidmat Komuniti, 8-Teknikal dan Inovasi) menerusi penyertaan dan penglibatan aktif dalam aktiviti-aktivti formal dan tidak formal yang dianjurkan oleh pihak HEPA dan pihak lain.
Selain itu, laman sesawang ini ditambah baik selaras dengan Pelan Strategik UTeM 2023-2025 terutama fokus HEPA di Teras Strategik 3 iaitu ‘Menjuarai Khidmat Insani, Mengundang Kesejahteraan”. Melalui teras ini, pihak HEPA akan memastikan kelangsungan perancangan dan pelaksanaan tindakan strategik yang diatur akan melahirkan graduan TUAH dan TEJA yang cemerlang, berkualiti dan seimbang dalam segenap aspek bagi bersaing dan terserlah dikalangan yang terbaik.